Baran Panas

21 Oktober 2009

Mum: I did not check on her as she always cried loudly
Child beaten to death after father found her playing with his cigarettes. -TNP

Tue, Oct 20, 2009
The New Paper

By Vivien Chan








The body of Nikie, seen in a file picture, being carried into a cemetery by her uncle.

HE STARTED shouting when he saw his broken cigarettes on the living room floor. Sallehan Allaudin was so angry at his baby daughter, Nikie, for playing with his cigarettes that he continued shouting at her for several minutes. Then he slapped her.

His wife, Madam Rozanah Mohamed Yusoff, said she didn't intervene because the beating did not appear harsh. "Normally, after scolding the children, he would calm them down and treat them as per normal," she said.

"It didn't occur to me that this incident would happen. "I was thinking this is the way of disciplining the child, because the child did make a mistake." Mistake or not, the child, not yet 2, paid with her life.

Following the slap, her husband had allegedly gone on to kick and stomp on the toddler, whose full name is Natalie Nikie Alisyia Sallehan. It happened on 6 Jan this year.

Sallehan Allaudin, 27, is now on trial for Nikie's murder. He also faces one count of sexually penetrating the toddler's anus with an unknown object and another count of ill-treating her on that day.

Speaking through a Malay interpreter, Madam Rozanah, 24, a prosecution witness, said that after Sallehan slapped Nikie, she took a broom to sweep up the six or seven sticks of broken cigarettes.

Halfway through the clean up, she went into the bedroom to check on their two younger daughters, who were crying. Nikie was still "crying very loudly", but she did not think there was anything strange about it.

She said: "Nikie had always been crying loudly, even without us beating her. When she cried, she would cry loudly." Then, when she came out of the bedroom, she saw Sallehan and Nikie in the kitchen.

Using a dummy, Madam Rozanah demonstrated to the court Nikie's posture at that time. Nikie was about 78cm tall and weighed about 10kg. She showed how Nikie was seated on the floor, bent forward until her left shoulder was touching the floor. Her head was down, with her left cheek also touching the floor.

Madam Rozanah added that Sallehan, who is about 173cm tall and weighed about 62kg, was standing beside the girl. She then demonstrated how she saw her husband allegedly kick their daughter with the top of his foot, stomp on her and kick the left side of her back with his bare foot. He disputes her version of the incident.

"I quickly attended to Nikie when I saw her father step and kick her," she said, adding that the whole incident, from the time Sallehan slapped Nikie, lasted about five minutes.

Not breathing

An ambulance was called, but by then, the girl had already turned blue. The court heard that she had no pulse, no blood pressure and was not breathing.

Nikie had multiple bruises on her face, neck, arms, legs and the back of the body. She was also bleeding from her nose and was pronounced dead at the National University Hospital at 9.30pm that day.

She was just three weeks away from her second birthday. Sallehan was arrested soon after.

Madam Rozanah told the court that on the day Nikie died, she and Sallehan had left the three baby girls alone in their rental flat at Block 191, Boon Lay Drive while they went on an hour-long shopping trip in Jurong.

Madam Rozanah also has an 8-year-old son from a previous marriage, but he does not live with her. Nikie's sisters were then 1 year old, and 2 months old. It was not the first time the couple had left their children alone at home.

Madam Rozanah said that during the shopping trip, Sallehan had bought a Barbie doll for Nikie's birthday. He also bought another doll for their middle child, "to be fair". When they returned to the flat around 7.30pm, Nikie was in the living room, while her sisters were crying in the bedroom.

Madam Rozanah said her husband entered the flat while she stayed outside to "arrange the slippers first". "When he (Sallehan) entered the house, he started shouting. He was in the living room," said MadamRozanah.

Yesterday, Madam Rozanah, who avoided eye-contact with her husband in court, described Nikie as a "naughty but intelligent" child.
Though she could say only "one or two words" at 23 months, she knew how to "point to the things" she wanted. For example, if she wanted to eat, she would point to the food," said Madam Rozanah.

Under cross-examination by defence counsel N Kanagavijayan, Madam Rozanah recalled how Nikie played with her faeces. "There were occasions when her (diapers) were heavy and they were accidentally taken off her, and she would play with the faeces," she said. The toddler also once spoilt Madam Rozanah's handphone.

When asked if Nikie had previous injuries, MadamRozanah said that Nikie had a bad fall at a fast-food outlet in Jurong West in early December 2008. "It was a bench seat with no support to the back. Nikie lost her balance and fell back," she said. The girl suffered a swelling on her head.

Madam Rozanah's mother, Madam Noraini Ibrahim, also took the stand yesterday. She described Sallehan as a loving father. She said: "He loves all his children very much, including Nikie."

She added that Madam Rozanah never complained about her husband. When asked if she had seen Sallehan beating Nikie, Madam Noraini said she had seen him slap Nikie when the girl was naughty. "But it was just a slight slap..." she said. "I think that's quite all right because she was naughty and he was just telling her to behave. He usually slapped Nikie on her arm."

Madam Noraini said the day before Nikie's death, she was returning home from work when she saw Sallehan and the three children at the void deck of her Jurong West flat. Sallehan told her that Madam Rozanah had gone upstairs to collect a washed bed sheet.

Madam Noraini said that when she took Nikie upstairs, she saw a bite mark on the girl's arm. When she asked Madam Rozanah about it, the latter said that Sallehan had bitten the girl. Though the grandmother was "not very happy", she said she accepted the explanation and told her daughter to apply some ointment on the bite mark.

Madam Noraini's calm composure cracked when she was asked about Nikie's death. Crying, her voice choking with emotion, she said she was "shocked" to hear from her daughter that Nikie had died. She said: "I did ask her (Madam Rozanah) why he beat her. She told me it's because of the cigarettes. I was shocked, why to that extent?"

Madam Rozanah, who had maintained her calm while on the stand earlier, was seen dabbing her eyes with a tissue as she sat in the public gallery. When asked if she had asked her daughter for details about Nikie's death, Madam Noraini said: "We were overwhelmed by our emotions that night, so I did not dwell on that."

The trial continues.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Hanya ID yang berdaftar saja dibenarkan untuk memberikan komen bagi mengurangkan penyalahgunaan ruangan komen serta sebarang komen yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih.

 
 
 
SEDANG DIKEMASKINI


Royal Malaysian Police

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 89,197 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Musa Hassan.

Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Polis Nasional Republik Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai Police Department, สำนักงานตำรวจแห่งชาติ), Polis Diraja Brunei dan Polis Republik Singapura (新加坡警察部队, Singapore Police Force).

Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

Zaman Kepolisan Tradisional Melayu

Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang-undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka.

Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.

Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142-143:
“ Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya hadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia Temenggung, "Adakah kawal semalam?"

Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka titah sultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatan seorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tiada patik tahu, tuanku." Titah sultan, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Maka sultan pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah pemandangan engkau semalam?" Maka Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwal semalam, semua dikatakannya.......

"Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya......."

Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat.

Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya.

Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.

Zaman Kepolisan Portugis dan Belanda

Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan".

Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak.

Zaman Kepolisan Moden

Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu.

Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan kemamanan di Pulau Pinang. Penduduk-penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Petty Constables dan diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji.

James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone.

Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.

Lagu Polis "Sedia Berkhidmat"

Polis sedia berkhidmat Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

[Chorus] Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

[Chorus]

Budak-budak pergi sekolah Yang tua berjalan ke kedai
Polis pimpin menyeberang jalan
Semuanya selamat sampai

[Chorus]

Waktu kita bekerja Rumah tinggal dijaga
Itulah tandanya
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]

Bila kebakaran berlaku Jiran tiada di situ
Polis berlari tolong bantu
Anak tidur selamat tentu

[Chorus]

Lagu: Sedia Berkhidmat

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.

Insignia

Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi).

Bulan dan bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Mahkota

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Allah
S.W.T. Yang Maha Esa dan Rasulullah S.A.W. sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Keris Dan Parang

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

Kepala harimau

Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

Bunga padi

Bunga padi melambangkan padi (beras) sebagai makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

Moto

Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.

Sang Saka Biru

Merupakan nama khas bagi bendera PDRM. Setiap logo dan warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.

Organisasi PDRM

Selain dua jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai lima jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga Bintang)

Jabatan Pengurusan

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.

Fungsi

* Perkhidmatan/Perjawatan
o Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
* Pentadbiran Am dan Dasar
o Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
* Latihan
o Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
* Tatatertib
o Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.

Cawangan

* Pentadbiran
* Cawangan Kebajikan
* Bahagian Latihan
* Cawangan Penyelidik/Pembangunan
* Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
* Bahagian Hal Ehwal Awam
* Cawangan Perhubungan Awam
* Unit Pengambilan
* Bahagian Istiadat
* Cawangan Kem Komandan
* Majlis Sukan PDRM


Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.

Fungsi

* Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
* Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
* Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap

Bahagian/Cawangan

* D1 - Bahagian Pentadbiran
* D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
* D3 - Bahagian Naziran
* D4 - Bahagian Unit Rekod Perangkaan
* D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
* D6 - Bahagian Bantuan Teknik
* D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
* D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
* D9 - Bahagian Siasatan Khas
* D10 - Bahagian Makmal Forensik
* D11 - Bahagian Siasatan Seksual
* D12 - Bahagian NCB/Interpol

Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Komisioner Polis (CP)


Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Fungsi utama JSJK adalah menjalankan penyiasatan, menangkap, dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

Antara objektif JSJK yang telah digariskan oleh pucuk pimpinan adalah: -

* Menangani semua bentuk jenayah komersil dan peka terhadap perubahan persekitaran yang boleh mewujudkan bentuk jenayah komersil yang baru.
* Mempercepatkan siasatan dan menghasilkan kualiti siasatan yang bermutu bagi bertujuan mendakwa pesalah di mahkamah dan juga dikenakan tindakan di bawah undang-undang pencegahan.
* Mengumpul seberapa banyak data mengenai kesalahan jenayah komersil masa kini. Data dikaji dengan teliti dari segi trend, modus operandi dan bentuk (syndicate or non-syndicate) bagi kesalahan yang berkaitan setelah data diproses, ianya di bentuk menjadi satu maklumat yang boleh membantu dalam penyempurnaan siasatan.
* Menjamin ketelusan penyiasatan di samping menggunakan semua kepakaran sumber manusia yang khusus secara optimum.

Latar belakang Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

* Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan telah berkembang dengan pesatnya selaras dengan pembangunan negara dan peningkatan kes-kes jenayah perdagangan.
* Pada peringkat awalnya ianya dikenali sebagai Cawangan D5 terdiri daripada 44 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) mengikut Waran Perjawatan No. 179/76.
* Pada tahun 1989, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan pengembangan BSJP iaitu menurut Waran Perjawatan Bil. 39/89 yang mana bilangan keanggotaan telah ditambah kepada 85 orang pegawai, 22 orang anggota pangkat rendah, 1 mata-mata tambahan, 9 perekod dan diketuai seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner II (SAC II) dengan menyandang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
* Pada tahun 1996, Waran Perjawatan Bil. 58/96, Penyusunan semula Struktur Organisasi Baru (MSOB) telah diluluskan dimana BSJP diketuai seorang pegawai yang berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP)
* Pada tahun 2004, Waran Perjawatan (JJP) Bil. 104/04 yang baru telah diluluskan dimana Jabatan Siasatan Jenayah Komersil diketuai oleh Komisioner Polis (CP) sebagai Pengarah JSJK. Dibantu oleh 2 Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah I JSJK dan Timbalan Pengarah II JSJK serta 5 Ketua Penolong Pengarah JSJK iaitu KPP JSJK (Siasatan I), KPP JSJK (Siasatan II), KPP JSJK (Operasi), KPP JSJK (Pentadbiran/Penyelidikan) dan KPP JSJK (Perundangan/Naziran).

Bahagian/Unit di bawah Jabatan ini terdiri 12 Bahagian iaitu :-

Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Utara/Timur.
- Unit Zon Utara (Kedah,Perlis, Pulau Pinang, Perak)
- Unit Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan)
Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram Zon Tengah/Selatan/Sabah & Sarawak.
- Unit Zon Tengah (Selangor/Kuala Lumpur)
- Unit Zon Selatan (Negeri Sembilan/melada/Johor)
- Unit Zon Sabah/Sarawak (Sabah, Sarawak)
Bahagian Siasatan Forensik Accounting.
- Unit Siasatan Forensik Accounting.
- Unit Pengesanan Aset.
- Unit Penyitaan.
Bahagian Siasatan Kewangan.
- Unit Insuran.
- Unit Kewangan.
- Unit Koperasi.
- Unit Perbankan.
Bahagian Siasatan Koperat.
- Unit Koperat.
- Unit Syarikat.
- Unit Persatuan.
- Unit Pelbagai.
Bahagian Siasatan Lain-lain Pemalsuan.
- Unit Kad Kredit.
- Unit Saham Komoditi.
- Unit Pemalsuan.
- Unit Pelencungan.
Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia.
- Unit Siasatan Komputer.
- Unit Siastan Internet.
- Unit Siasatan Forensik Komputer.
- Unit Siasatan Filem/Muzik/Paten.
- Unit Siasatan Komputer Sofware.
- Unit Cakera Optik.
Bahagian Operasi/Bantuan Teknik.
- Unit Operasi/Bantuan Teknik.
- Unit Fotografi.
- Unit Siasatan Kes Fail.
Bahagian Pentadbiran/KAB.
- Unit Pentadbiran.
- Unit Kerjasama Antarabangsa.
- Unit HR/Latihan/Perjawatan/Perkhidmatan.
- Unit Logistik/Komputer.
- Unit Exhibit.
Bahagian Penyelidikan/Risikan.
- Unit Risikan.
- Unit Analisa Jenayah/Statistik.
Bahagian Naziran.
- Unit Naziran.
Bahagian Perundangan.
- Unit Penasihat Undang-undang.
- Unit MACM.
- Unit Habeas Corpus.
- Unit Pengubahan Wang Haram.
- Unit Antarabangsa.

Bidang Kuasa Polis.

* Penyiasatan.
* Pendakwaan.
* Pencegahan.
* Risikan.

Peranan/Tanggungjawab JSJK sejajar dengan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 (Akta 344)

* Mencegah.
* Mengesan.
* Menangkap.
* Mendakwa.
* Risikan.

Pendekatan Siasatan

* Traditional Approach.
* Task Force.
* Matrix System.
* Integrated Approach.
* Intelligence procument.

Siasatan Kes-kes Mengikut Keutamaan.

* Kepentingan negara.
* Kepentingan awam.
* Kes rumit/kompleks.
* Kerugian besar.
* Transborder.
* Sindiket.
* Mengugat ekonomi negara.
* Tokoh-tokoh penting/VIPs.

Kes-kes Bersiri.

* Fly by night.
* Tipu tiket Sports toto/Pan Malaysian Pool/Magnum.
* Black money Scam.
* Advance fee fraud scam melalui e-mail.
* Menyamar sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat.
* Gores dan menang.
* Skim cepat kaya ヨ e-mail.
* Tipu jual/beli tanah.
* Black jack.
* Bomoh.
* Menyamar penjawat awam.
* Menyamar VIPs.
* Tipu iklan pekerjaan.
* SMS-AF4.

Jenis Kes Jenayah Komersil yang disiasat terdiri daripada :-

* Jenayah Indeks.
* Jenayah Bukan Indeks.

Jenayah Indeks terdiri daripada kes-kes yang melibatkan kesalahan-kesalah seperti berikut:-

* Pecah Amahan Jenayah.
* Tipu (420 KK)
* Jenayah Siber iaitu Akta Jenayah Komputer, Akta Komunikasi & Multimedia dan Kes ATM.

Jenayah Bukan Indeks terdiri daripada kes-kes yang melibatkan kesalahan-kesalah seperti berikut:-

* Lain-lain Penipuan.
* Pemalsuan.
* Wang Palsu.
* Kad Kredit.
* AMLA. (Akta Money Laundering Act)
* Akta Pemberi Pinjam Wang.
* Akta Hak Cipta.
* Akta Penapisan Filem.
* Lain-lain Agensi Kerajaan.
* Lain-lain Kes JSJK.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

Fungsi

* Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
* Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
* Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
* Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
* Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
* Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
* Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
* Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
* Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
* Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

Cawangan-cawangan di bawah jabatan:

* Bahagian Siasatan Khas
* Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
* Bahagian Pentadbiran
* Bahagian Tahanan
* Perlucutan Harta
* Soalsiasat
* Pakar/Bantuan Teknik
* Rekod/Perangkaan
* Pendaftaran
* Bahagian Logistik
* Petugas Lapangan Terbang

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam

Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.

Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Misi jabatan ini ialah menangani dan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri.

Fungsi

* Mengawal, merancang dan melaksanakan operasi melibatkan ketenteraman awam
* Merancang dan mengkoordinasikan rondaan maritim bersama dan rondaan sempadan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dan pengawal pantai negara-negara jiran
* Merancang, mengawal dan mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat
* Membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas
* Membantu lain-lain cawangan dalam pasukan dalam melancarkan operasi dan tugas keselamatan khas
* Bekerjasama dengan Angkatan Tentera dan lain-lain agensi kerajaan berhubung keselamatan negara

Cawangan-cawangan di bawah jabatan ini:-

* Urusetia
* Pentadbiran
* Gerakan
* Unit Implimentasi C4I
* Pasukan Simpanan Persekutuan
* Unit Berkuda
* Pasukan Gerakan Am
* Pasukan Gerakan Khas
* Unit Udara
* Cawangan Trafik
* Cawangan Marin
* Pusat Kawalan Malaysia

Pasukan Anti-Pengganas

Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2000 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Gempur Marin.

Pasukan Gerakan Khas (PGK)

Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah skuad elit anti-pengganas dibawah tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan dan jenayah berbahaya di Malaysia. Unit ini dibentuk hasil gabungan batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dan juga berperanan membantu Cawangan Khas.

Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan elit di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada detasmen Komando 69 dan Unit Tindakan Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. Pasukan ini pada mulanya disusun dan disatukan dalam satu pasukan pada tahun 1997. Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan anggota bagi tujuan penyeragaman. Namun, penyatuan ini tidak bertahan lama apabila pada tahun 2003, kedua-duanya dipisahkan semula dan menjadi dua detasmen setelah mendapati adanya ketidakseimbangan disebalik penyatuan ini. Beret perang pasir dipakai semula oleh Komando 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22 Special Air Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun mereka. Walaubagaimanapun, kedua-dua detasmen ini tetap berada dibawah kawalan induk dan seliaan Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan Commissioner II.

Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangani keganasan di dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia menumpaskan organisasi pengganas Al-Ma'unah yang baru terbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan ini turut mengharumkan nama PDRM dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari dan menyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis Indonesia (POLRI) yang hilang dan terperangkap semasa kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2005 yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah membanteras jenayah berbahaya, antara reputasi terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulan jenayah berbahaya M16 yang terdiri daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua kumpulannya yang merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang 13 iaitu Mat Komando serta beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi Komando 69 adalah WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS GANAS.

Unit Gempur Marin (UST)

Unit Gempur Marin yang menjadi anti-pengganas maritim turut diletakkan dibawah Jabatan KDN/KA.

Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit anti-pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi Pasukan Gerakan Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut dan Marin Amerika Syarikat.

Terdapat beberapa banyak pihak termasuk media massa dan juga masyarakat menganggap mengapa pasukan ini dilatih oleh pihak asing dan tidak dilatih oleh pasukan elit tempatan daripada cabang Angkatan Tentera Malaysia, khususnya TLDM oleh PASKAL, namun disebaliknya ia juga merupakan hadiah kepada hubungan bilateral antara kerajaan Malaysia-Amerika Syarikat.

Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)

Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955 3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yang berakhir dengan 16 kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang pegawai polis.

Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat, merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan dilatih khas sebagai “pasukan gempur dan kejutan”. Ianya dilatih dan dilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.

berfungsi sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas-tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang dilengkapkan kepadanya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-

Kawalan Orang Ramai - semasa perhimpunan awam besar-besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam,

Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi “Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear”,

Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat,

Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan tertentu yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa yang tertentu,

Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.

PSP di ketuai oleh seorang Komander, dan dibantu oleh seorang Timbalan Komander. Mereka bertanggungjawab kepada Pengarah KDN/KA. Mereka dibantu oleh beberapa orang Pegawai Turus dan keanggotaan yang diperlukan; dan dikenali sebagai kumpulan Ibu Pejabat Komander PSP. Setiap Unit PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah Unit. Setiap Terup PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Penjaga Terup. Pusat Latihan PSP diketuai oleh seorang Komandan. Setiap unit dan Pusat Latihan PSP mempunyai keanggotaan untuk membantu pentadbiran dan dikenali sebagai kumpulan ibu pejabat unit.

Setiap Unit PSP mengandungi 1 kumpulan Ibu Pejabat Unit dan 3 Terup. Setiap Terup mengandungi 2 seksyen cota, 1 seksyen senapang/gas, 1 seksyen “Water Cannon”; dan komposisi kumpulan sokongan terup.

Sebagai pasukan yang lengkap berdikari dan mampu bergerak pantas untuk menggempur dan menangani keadaan ketenteraman awam, Unit-unit PSP di letakkan di bandar-bandar besar dan strategik seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Terengganu dan sebagainya.

PSP telah dianugerahkan panji-panji pada tahun 1971 dan seterusnya digantikan pada tahun 1997. Panji-panji ini dianugerahkan oleh DYMM SPB Yang diPertuan Agong sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti PSP sepanjang penubuhannya demi mengekalkan ketenteraman awam negara. Semasa majlis-majlis rasmi dimana PSP terlibat sebagai badan induk atau detasmen; seperti Kawalan Kehormatan, Malam Mes PSP atau Perbarisan sempena Hari Polis dan Hari PSP, panji-panji PSP boleh dikeluarkan dan diarak dengan arahan dan kelulusan KPN, Pengarah KDN/KA atau Komander PSP.

Unit Implimentasi C4-i

Unit Implemenasi C4-i (bermaksud Command, Control, Communications, Computer-Intergrated atau lebih dikenali Pusat Kawalan Komunikasi Gunasama Berkomputer) merupakan unit yang diletakkan di dalam Pusat Kawalan Polis diseluruh kontinjen polis di Malaysia. Unit ini ditugaskan melakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas-tugas pencegahan jenayah. Unit ini pertama kali ditubuhkan di Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur merupakan kontinjen pertama yang memiliki sistem ini. Unit ini dilengkapi dengan sistem CCTV yang dipasangkan diseluruh bandar dan dipantau oleh Pusat Kawalan Kontinjen dan sistem C4-i yang berupa sebuah laptop dipasangkan pada setiap kereta peronda yang beroperasi. Sekiranya berlaku kejadian jenayah dimana-mana lokasi, Pusat Kawalan Kontinjen akan menyalurkan maklumat jenayah ini kepada setiap kereta peronda, rondaan dan unit cegah jenayah yang beroperasi untuk bertindak. C-4i juga turut berperanan dan menjadi kiblat utama kepada tertubuhnya Rakan Cops pada tahun 2006 bagi mengeratkan kerjasama polis dengan masyarakat. Hasil dari penubuhan ini, kejadian jenayah di bandar-bandar utama mula berkurangan dan ini memberi banyak implikasi positif masyarakat terhadap adanya pelaksanaan C4-i serta Rakan Cops.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA) diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Unit Berkuda
(belum ada maklumat)

Cawangan Trafik
(belum ada maklumat)

Cawangan Marin PDRM

Pasukan Polis Marin adalah salah satu pasukan keselamatan di dalam cawangan Polis Diraja Malaysia. Pasukan yang berkhidmat dibawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ini berperanan menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman yang tidak diingini.

Pasukan Polis Marin telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1947 dengan jumlah keanggotaan seramai 90 pegawai dan anggota dan 19 buah bot laju, sumbangan Jabatan Kastam dan Tentera Laut Simpanan Diraja Persekutuan (kini Tentera Laut Diraja Malaysia yang ketika itu masih dibawah pengaruh British). PPM ditubuhkan untuk mengawal perairan negara dengan mengekalkan keamanan, menegakkan undang-undang dan memberi perlindungan nyawa dan harta benda di laut, membuat serbuan dan operasi di sepanjang pantai dan pulau serta mempertahankan negara dari serangan anasir-anasir laut, khasnya lanun dan pendatang asing tanpa izin serta mencegah penyeludupan dari laut. Kini PPM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota Pangkat Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot ronda kelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah pangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan kecil dan 24 pangkalan hadapan.

Pusat Kawalan Malaysia
(belum ada maklumat - mungkin sulit)

Unit Udara PDRM

Unit Udara PDRM (UUP) merupakan unit khusus Polis Diraja Malaysia yang berperanan besar dalam tugas-tugasnya menjaga keselamatan negara dengan melalui pengawasan dan rondaan dari udara serta membantu agensi keselamatan negara yang lain.

Ditubuhkan pada bulan Februari 1978, apabila kabinet telah memberi kelulusan kepada PDRM untuk menubuhkan unit tersebut dan menetapkan semua pesawat udara milik PDRM di daftarkan dibawah pendaftaran sivil. Unit Udara PDRM ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1979 dan gelaran Komander Unit Udara pada masa itu dikenali Allahyarham DSP Mohd Noor Bin Jamari sebagai Ketua Unit Udara dengan perolehan empat unit pesawat udara jenis Cessna 206 G. Pada 7 April 1980, UUP memulakan operasi penerbangannya di Semenanjung Malaysia.

Peranan UUP adalah bertujuan untuk membuat pengawasan dari udara di kawasan pantai dan pendalaman terhadap kegiatan lanun, penyeludupan dan lain-lain kegiatan jenayah. Selain dari itu UUP juga bertanggung jawab membantu semua cawangan dalam PDRM secara pemerhatian melalui udara. Unit ini juga bertanggung jawab membuat penerbangan ehsan dan membawa orang-orang kenamaan. Kini UUP memiliki 6 buah helikopter, 6 buah pesawat jenis Caravan, 5 buah pesawat jenis Pilatus PC-6 dan 3 buah pesawat jenis Cessna U20G. Mempunyai sebuah pusat latihan di Ipoh, Perak dan tiga buah pangkalan operasi. Pangkalan pangkalan tersebut terletak di Pangkalan Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur, Pangkalan Unit Udara Sabah, Kota Kinabalu dan Pangkalan Unit Udara Sarawak di Kuching, Sarawak.

Terdapat beberapa jenis pesawat udara yang digunakan oleh UUP dan ia terdiri daripada:-

1. Cessna 208 Caravan I
2. Cessna 206 G
3. Pilatus Porter PC-6 B2H4
4. Ecureuill AS 355 F2
5. Ecureuill AS 355 N
6. Beechcraft King Air 350

Cawangan Khas

Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Cawangan Khas atau dikenali Special Branch adalah salah satu daripada tujuh Jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertanggungjawab kepada Ketua Polis Negara. Selaras dengan penugasan kepolisan, fungsi utama Cawangan Khas adalah sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 3(3) dan Seksyen 20(3) Akta Polis 1967.

Pegawai dan anggota Cawangan Khas juga mempunyai kuasa-kuasa polis seperti mana termaktub dalam undang-undang negara ini.

Cawangan Khas bertanggungjawab mengumpul dan memproses risikan keselamatan untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia.

Penubuhan awal Cawangan Khas berkait rapat dengan penubuhan CIVIL SECURITY SERVICE di Singapura pada 1919 oleh British. Ia diletakkan di bawah kawalan pemerintahan Ketua Polis Negeri-Negeri Selat. Pada 1939, CIVIL SECURITY SERVICE bertukar nama kepada MALAYAN SECURITY SERVICE yang juga berpengkalan di Singapura. Walau bagaimanapun, pada 1949 MALAYAN SECURITY SERVICE telah dimansuhkan dan digantikan dengan Special Branch yang menjadi satu unit dalam Criminal Investigation Department beribupejabat di Jalan Bluff, Kuala Lumpur kini dikenali sebagai Bukit Aman.

Pada 1952 Special Branch telah disusun semula sebagai satu entity yang berasingan dari Crimanal Investigation Department. Ia menjadi satu Jabatan baru dalam Polis Persekutuan Tanah Melayu. Penyusunan semula ini adalah sejajar dengan polisi Sir GERALD TEMPLER yang menitikberatkan kepada menangani ancaman komunis. Ini menandakan titik permulaan penglibatan Special Branch dalam memperoleh risikan keselamatan bagi mengekalkan keselamatan Negara.

Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP).


Jabatan Logistik

Fungsi

* Mengendalikan belanjawan mengurus dan pembangunan PDRM
* Merancang, mengurus, mengendali dan menyenggara semua aspek komunikasi, teknologi maklumat, pengangkutan dan persenjataan
* Mengurus projek dan menyenggara bangunan serta hartanah
* Menguruskan perolehan dan pembekalan kelengkapan am/teknikal PDRM
* Mengurus aset PDRM

Bahagaian/Cawangan di bawah jabatan ini ialah:-

* Cawangan Naziran/Pentadbiran
* Bahagian Komunikasi
* Bahagian Teknologi Maklumat
* Bahagian Pengangkutan
* Bahagian Kewangan
* Perolehan Teknikal
* Bahagian Persenjataan
* Perolehan Am
* Bahagian Bangunan
* Pelupusan/Stok/Verifikasi/Hapus Kira


Pasukan Petugas Khas
(belum ada maklumat)
Tanda Pangkat PDRM

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP), Kumpulan Diwartakan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Tidak Diwartakan (INSP - C/INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Pegawai Tertinggi (IGP - DIGP)

Ketua Polis Negara
(Inspector General of Police)

Timbalan Ketua Polis Negara
(Deputy Inspector General of Police)

Pesuruhjaya PDRM
(Commissioner of Police)

Timbalan Pesuruhjaya PDRM
(Deputi Commissioner of Police I)

Penolong Pesuruhjaya Kanan Pertama PDRM
(Senior Assistant Commissioner of Police I)

Penolong Pesuruhjaya Kanan Kedua PDRM
(Senior Assistant Commissioner of Police II)

Penolong Pesuruhjaya PDRM
(Assistant Commissioner of Police)

Pegawai Diwartakan (SP - K/ASP)

Penguasa PDRM
(Superintendant of Police)

Timbalan Penguasa PDRM
(Deputy Superintendant of Police I)

Penolong Penguasa PDRM
(Assistant Superintendant of Police I)

Pegawai Kadet Penolong Penguasa PDRM
(Cadet Assistant Superintendant of Police I)

Pegawai Kanan Tidak Diwartakan
(Inspektor Percubaan - Ketua Inspektor)

Ketua Inspektor PDRM
(Chief Inspector of Police)

Inspektor PDRM
(Inspector of Police)

Inskpektor Percubaan PDRM
(Cadet Inspector of Police)

Anggota Pangkat Rendah
(Rank and File, RF)

Sub Inspektor PDRM
(Sub Inspector of Police)

Sarjan Mejar PDRM
(Sargeant Major of Police)

Sarjan PDRM
(Police Sargeant)

Koperal PDRM
(Police Corporal)

Lans Koperal PDRM
(Police Lance Corporal)

Konstabel PDRM
(Police Constable)



Polis Bantuan

Polis Bantuan

Polis Bantuan di negara barat seperti Amerika Syarikat dikenali sebagai 'Security Police'. Mereka adalah pegawai khas yang bekerja untuk organisasi kerajaan dengan tugas melindungi kemudahan, harta benda, pekerja, pengguna dan pelawat tempat-tempat kerajaan.

Mereka juga melaksanakan undang-undang kebangsaan dan persekutuan dan diberi kuasa polis yang penuh untuk membasmi jenayah.

----------------------------

In Malaysia, auxiliary police refers to sworn security police officers serving in autonomous government agencies such as the Malaysian Federal Reserve Bank (Bank Negara), the National Anti-Drug Agency (Agensi Anti-Dadah Kebangsaan - AADK), the Federal Land Development Agency (FELDA) and the Inland Revenue Board (Lembaga Hasil Dalam Negeri); and other institutions with semi-governmental interests. Such institutions include the National Savings Bank (Bank Simpanan Nasional - BSN), Malayan Railways Limited (Keretapi Tanah Melayu Berhad - KTMB), Post Malaysia Holdings Berhad (the national postal service), Malaysia Airports Holdings Berhad (the largest Malaysian airport operator), the North-South Highway Project (Projek Lebuhraya Utara Selatan - PLUS), Tenaga Nasional Berhad (the national power service) and other similar strategic organizations.

Most of these organizations have already been privatized but are allowed to maintain an auxiliary police unit. Under special circumstances, auxiliary police units have also been established by private companies with no government interests at all such as the force maintained by Resorts World Berhad (RWB), the company that operates the popular resort and casino at Genting Highlands.

They are not attached per se to the Royal Malaysian Police, but are granted some police powers such as the power to carry out minor investigations or to make arrests within their area of jurisdiction. Some forces are also conferred the authority to issue traffic summonses (that are paid to the Federal Government, not the issuing organization) for offences committed on their area of jurisdiction. While Malaysian auxiliary police officers are empowered to carry firearms, for this purpose they are subject to the same application and approval procedures as any other private company instead of being treated as part of the Royal Malaysian Police.

Malaysian auxiliary police uniforms have been traditionally different from those of the regular police, but a consolidation exercise by the Management Department of the Royal Malaysian Police Federal Headquarters (Bukit Aman) in 2004 has since authorised the use of regular police dress, insignia and other paraphernalia for sworn auxiliary police officers. The only differences are the unit patches (worn by auxiliary police officers only, sewn on the left sleeve), the shoulder title (which says "Polis Bantuan" or Auxiliary Police, instead of "Polis Diraja" or Royal Police) and the service number (worn by junior police officers of Sergeant Major rank and below, just above the right breast pocket; auxiliary police numbers begin with the letters 'PB' whereas regular officers numbers do not contain any letters.)

Under Malaysian law, auxiliary police officers are obliged to serve voluntarily and are therefore not paid by the Government. As such, they are designated full-time employees of the departments or corporations they serve and are remunerated on a different scale than regular police officers.

Under the Police Act of 1967 (Revised 1988) (Act 344), the Inspector-General of Police (IGP), with the consent of the Minister in charge of police affairs and the King, may appoint any person to hold honorary auxiliary police ranks to the level of Superintendent of Police and below, and to establish their areas of jurisdiction.

- Wikipedia - Auxiliary Police
 
Copyright © POLIS TNB ®